Monday, September 6, 2010

Mood balik kampung

Dah berkurun rasanya aku tak log in kat blog ni... x sempat nak bukak.. sebenarnya..macam - macam yang nak aku tulis..
Malam ni malam hari last aku kerja sebelum bercuti raya seminggu..x sabar rasanya nak balik kampung... nak pasang pelita raya.nak pasang langsir.nak isi kuih raya.nak tolong mak masak untuk "ngunjung"... n banyak lagi benda yang nak dibuat.. raya di kampung tak sama ngan raya di bandar.Bila kat kampung terasa meriahnya walaupun just duduk rumah..
Raya tahun ni merupakan raya tahun pertama aku kerja.Dapat la merasa nak beli barang - barang raya guna duit sendiri.bli baju raya.kuih raya untuk mak..dan yang paling anak2 buah aku tunggu adalah..........bagi duit raya untuk diorang.Jangan risau la.cikda confirm bagi punye..don't worry.huhu.
Esok balik kampung.Balik sendiri.Merasai perjalanan balik beraya dikampung.x sabar.x sabar..ouch.First time drive jauh sorang - sorang... moga x de pape.. moga selamat sampai.InsyaAllah..

Tuesday, January 12, 2010

KEJE oh keje..

Hari ni keje macam biase..sepatutnye sampai kol 5pm tapi cda amik off petang.. coz malam kene sambung keje..10pm- 8am.. skarang ni pun tengah keje(1.45am)..sempat lagi tulis blog..hehe..ala..coz patient tak ramai pun time2 macam ni...so ade la mase nak buat bende yang bukan2.. haha.. cume tadi je..patients macam ribut sampai.. tp sumenye in control lagi la.. boring jugak time x de patient ni.. thats y cda menyibukkan diri membukak dan menulis dalam blog yang dah hampir luput ni..hehe..

Friday, January 8, 2010

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhan Mu...

yang menciptakan segalanya,

yang menimpakan ujian,

yang menjadikan sakit hatimu,

yang membuatkan keinginan mu terhalang,

serta menyusahkan hidupmu..

pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2,

bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu..

retaknya hatimu.

tapi mungkin itu lah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang

selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan NYA...




Peranan hati:
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada

segumpal daging. Bila ia baik, baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak, rusak

pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah, itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Abu

Hurairah berkata, “Hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para

prajuritnya. Apabila raja baik, maka baik pula para prajuritnya. Dan apabila raja busuk,

maka busuk pula para prajuritnya.”